Posts

Showing posts from 2012

susahnya menolak cinta

Image
Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.

pernikahan

Image
Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA. Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Terimala seadanya

Image
Walau sehebat mana cinta kita kepada seseorang, tetapi jika itu bukan jodoh kita,pasti terpisah juga akhirnya.Terimalah siapa pun jodoh kita kerana Allah telah berjanji,lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Sebagai hamba-NYA,berusahalah untuk menjadi yang terbaik kerana disebalik kepahitan itu pasti terselit jua setitis kemanisan. Tuhan jadikan manusia itu berpasang-pasangan.Jika tidak bertemu didunia, pasti di syurga nanti akan hadir seseorang yang setia menanti. Berdoalah agar dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat..aminn..

lelaki ini

Seorng lelaki yg baik dan sgt setia kepada seseorg wanita yg diimpikan mnjadi bakal bidadarinya.. mereka tidak prnah brcouple, dan kenal sejak dr sekolah rendah lagi.. lelaki ini sering ke rumah kedua ibu bapa wanita ini untuk mnyatakan hasrat hatinya.. ttapi sygnya harapnya hncur bila wanita ini dpt mnymbung ke ipta dan bertemu seseorng lelaki yg bru dy kenal.. Lelaki ini sgt mncintai wanita ini shigga dlm mimpi sering menangis kerana hatinya telah hncur.. Shinggalah wanita ini sggup mengungkapkan kata "Adakah awk tidak mahu tgk kebahagiaan sy" Lelaki ini dgn membawa dirinya yg kecewa itu terus beredar dr situ tnpa brkata2 apa2.. disebabkan di amat mnyanyangi wanita itu , dlm hatinya terus mngikhlaskan wanita itu brsama lelaki2 lain.. walaupom dy tahu dirinya akn menderita tnpa wanita ini yg telah lama dy impikn mnjadi peneman setianya.. pengakhirannya, disebabkan penderitaan kesedihn lelaki ini yg amat teruk..dy telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan membawa sbu...

putus cinta

Image
PUTUS CINTA itu sebenarnya adalah salah satu dari Rahmat Allah , kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar bahawa kita telah MENCINTAI orang yang SALAH ..

carilah IMAM

Image
“CARILAH” LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU, Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA , Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

Dekatkan Jodoh

Image
Buka Hati dan Minda  untuk Menerima Cinta Kita hendaklah menyedari hakikat pentingnya ikatan perkahwinan untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup pada hari – hari mendatang. Kita tidak boleh melampaui fitrah dengan menafikan keperluan untuk mencintai dan dicintai. Ia merupakan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda membina ikatan perkahwinan seterusnya menjalinkan ikatan cinta sejati dengan semua ahli rumahnya. Oleh sebab itu, bagi orang yang sudah bersedia untuk berumah tangga, bukalah minda untuk menerima cinta dan rela dirinya dicintai.  Cinta itu mudah datang kepada mereka yang bersedia untuk menerima cinta , terutamanya orang yang mempunyai kemampuan. Perlu difahami, remaja yang masih bersekolah seperti gadis berusia 16 tahun tidak termasuk dalam golongan yang telah bersedia   Memberi  Pandangan Makrifat Cinta bermula daripada pandangan mata, lalu turun ke hati. pandang sekali dengan pandangan makrifat adalah harus namun pan...

sama2 tahu

Image
LELAKI... kena tahu seorang perempuan ingin merasa selamat bila berada di sampingnya selamat saat di sisi mahupun di hati tanpa rasa dicurigai atau di khianati PEREMPUAN... kena tahu seorang lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi bagi mereka bila seorang wanita itu di cintai dengan sepenuh hati maka segala tingkah laku...perbuatan...pertuturan. ..pergaulannya akan sentiasa dipantau. bukan dengan niat...

Bolehkah aku??

Image
Ya Allah bolehkah aku mencintainya? Ya Allah bolehkah aku menyayanginya? Ya Allah bolehkah aku merindunya? Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini? dan sampai saat ini belum aku  temui jawapannya. Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku kan kupasrahkan semua kepadaMu. jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati. Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua meskipun sakit untuk menanggungnya. Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan  barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan… Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi….. untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warah...

anak sulung..

Image
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi, Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepa s daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

ABOUT JODOH by hm tuah

Image
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan...

astaghfirallah

Aku menyendiri, sendiri.. Merenung nasib esok hari dan bertanya "Bagaimanakah jodoh aku kelak?" Masih terdiam tanpa jawapan..Azan berkumandang, ku hentikan on9 dan tunaikan kewajipan, di akhir solat zikir menjadi amalan..Meratib istigfar.. Akhirnya..Ku temui jawapan pada kalimat Astagfirullah. Aku selalu bertanya pada rahsiaMU, tentang jodoh, rezeki dan kehidupan masa hadapan sedangkan masa ini aku lalai dalam pertanyaan tanpa sebenar-benar cuba berusaha ke arah kebaikan! Maafkan aku YA ALLAH.. :'(

terapi

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal. 2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal 3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah 4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke & Serangan jantung

dont worry

Dear Muslimah, No need for you to find Man's love if you did not mean to marry him, Don't worry if you did not have couple or boyfriend or special boyfriend, Just remember Allah's promises to us.. :)

Andai masanya belum tiba jangan izikan aku jatuh cinta

Ya Allah, Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri. Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. Ya Allah, Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. Ya Allah, Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya, Dan jika Kau...