Posts

Showing posts from March, 2012

sama2 tahu

Image
LELAKI... kena tahu seorang perempuan ingin merasa selamat bila berada di sampingnya selamat saat di sisi mahupun di hati tanpa rasa dicurigai atau di khianati PEREMPUAN... kena tahu seorang lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi bagi mereka bila seorang wanita itu di cintai dengan sepenuh hati maka segala tingkah laku...perbuatan...pertuturan. ..pergaulannya akan sentiasa dipantau. bukan dengan niat...

Bolehkah aku??

Image
Ya Allah bolehkah aku mencintainya? Ya Allah bolehkah aku menyayanginya? Ya Allah bolehkah aku merindunya? Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini? dan sampai saat ini belum aku  temui jawapannya. Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku kan kupasrahkan semua kepadaMu. jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati. Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua meskipun sakit untuk menanggungnya. Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan  barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan… Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi….. untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warah...

anak sulung..

Image
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi, Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepa s daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

ABOUT JODOH by hm tuah

Image
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan...