Posts

Showing posts from July, 2011

knowledge of SESAK NAFAS

selepas apa yg terjadi pd diri ku..pd 21 julai..ku mula timbul rasa ingin tahu tentang sesuatu..yg mungkin berkait juga dgn diriku.,sejak akhir2 ini... iaitu,, ,faktor sesak nafas 1. keturunan yang memiliki paru-paru dan organ pernafasan lemah +  kelelahan bekerja dan gelisah.. 2.  Udara dingin dan lembap..n berdebu atau berasap pom xleh gak...(sy krg suke tmpat sejuk).. 3.  ketidakstabilan emosi....( gelisah, tertekan, ketakutan) 4.  menarik nafas terlalu sering dan dangkal sehingga terengah-engah... ok ..now cara kite nk atasi dr sesak nafas : 1.  berada pada lingkungan hijau dan lapang (s etiap saat menemukan lingkungan hijau dan bersih, berjalan kakilah dan hirup udara dalam-dalam) 2.  menghindari pengambilan bahan susu berlebihan, gula putih, tepung dan nasi putih. 3. ambil  buah dan sayuran dalam jumlah banyak.  4. Minum air hangat 6-8 gelas per hari.  5.  makan sup yang mempunyai bawang merah, bawang put...

NASIHAT...4 u fwend.

Image
setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai.  Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah.  Kau lihat sahaja pasangan couple yang ada di sekeliling kita.  Aku tidak mahu kau menjadi salah seorang daripada mereka!  Kekalkan penampilan kau sebegini, biar nampak sederhana asalkan sempurna!  Dekatkan diri pada Allah, sentiasa berdoa. Insyaallah, jodoh kau pasti tiba suatu hari nant i.

Fadhilat pd bulan Syaaban

Image
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah *kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,  *kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela  *adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala menc...

Hukum Pemakaian Inai

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah  diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian  inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah  terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja , manakala  warna  yang digunakan  tidak bersifat kekal  seperti tatu dan  mengandungi sebarang unsur yang meragukan . Mengenai  corak atau ukiran  yang digunakan pula,  corak atau ukiran   daun dan tumbuh-tumbuhan  adalah dibenarkan,  manakala corak-corak  haiwan, lambang dewa-dewa  atau  ajaran  atau  apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak  adalah  dilarang. P e...

Malam Nisfu Sya'ban

dipetik dr  Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin: Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.” Bahkan di sebahagian negeri, oran...

Beza Laki & Pompuan time lunch

Lelaki 1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan 2. Sampai kedai makan, masuk 3. Ambik Pinggan 4. Letak nasi 5. Letak Lauk 6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali 7. Makan 8. Habis 9. Balik Opis  10. G surau Perempuan 1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan 2. Perhatikan orang waktu jalan 3. Sempat mengumpat dulu 4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki 5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri. 6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu 7. Ramai orang, cari kedai lain. 8. Jalan lagi 9. Dah puas ati.. masuk.. 10. Survey lauk dulu 2, 3 minit. 11. Carik2 pinggan, ambik pinggan 12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. . 13. Dah puas ati, ambik nasi 14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit 15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali 16. Buang balik nasi. banyak. . 17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput) 18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit 19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tengu...