CINTA B4 KAWEN
cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam’ apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman.
Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada ‘keterlanjuran kemaluan’ atau zina.
Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.
Istilah ‘Cinta Sebelum Kahwin’ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). Malah ia mungkin punca keberantakannya.
Comments
Post a Comment