Al-Kisah Pohon Semalu
BUAT INSAN YANG BERGELAR WANITA :D
Al-Kisah Pohon Semalu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a. w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a .
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah
gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah SAW
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu
tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna
wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan
yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia
hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Comments
Post a Comment