Majlis Kahwin (28 OGOS 2017 ; KELANTAN) 💖



MAJLIS KEBAHAGIAAN AISYAH_KETENANGAN FIRDAUSI
28.08.2017
Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga,kawan2,jiran2 dan tetamu yang turut hadir pada hari kebahagiaan buat kami berdua..
Terima kasih atas doa2 kalian..serta hadiah2 nya..
Thank you bridal Syara Bridal Nurul Syarafina
Thank you photographer Harith Hashim
Thank you mua akad nikah Laily Nadia
Thank you mua majlis sanding Mimi Yus Bridal Full
Thank you henna by Azira Zakiah
Thabk you kek by Atiqah Homemade Dessert n Nur Aqmarrina Kamarudin
Ni ada sedikit gambar dulang untuk rujukan yang bertanya..
Yang berdekatan dengan kubang kerian, kota bharu, boleh juga kalau nak sewa dulang dengan Syazlina Al-kelantani dan Nuraini Noordin ..dulang sahaja..bunga cari sendiri ikut warna tema kita.. in syaa allah mereka boleh bagi harga yang berpatutan..
Alhamdulillah..dengan izinNya majlis berjalan dengan lancar

..............................

Alkisah perkenalan ini adalah melalui salah satu media sosial bermula Februari 2016 dan sungguh tak menyangka Allah dah aturkan perhubungan kami sehingga ke tahap ini..Thank you Allah! Sepanjang February until November kami hanya berkawan dan berkongsi cerita mengenai pengalaman hidup dan kerja masing2.

Then December 2016 sedar tak sedar dan tak ingat macam mana boleh decide untuk merancang supaya perhubungan ini menjadi ke arah yang lebih serius sedangkan tak pernah sekali pun berjumpa. Sampai sekarang pun, kalau fikir balik tak boleh jawab macam mana keputusan ni dibuat..haha..yang pasti masa ni cuti akhir tahun (cuti sekolah) balik bincang dengan umi ayah..alhamdulillah umi ayah jenis yang senang dan mudah untuk menerima..benda baik kan nak tangguh buat apa..^.^ ..ok keputusan di buat..

First jumpa 3 March 2017 die datang dr Kedah ke Johor sebab masa ni xcuti sekolah..ok! berdebar wey..gilaa xberdebar!!!!first time nak jumpaaaa oiii...dh jumpa,makan n bincang mengenai majlis pertunangan.kami buat keputusan utk langsungkan pada 24 March 2017 family lelaki datang..alhamdulillah sah menjadi tunangan orang dan this is 2nd time jumpa.

Nak cakap pasal ujian masa bertunang..xde ujian sangat..boleh cakap macam ni la...bila kita dah putuskan utk bersama dgn seseorang ni...fikir betul2..sbb kputusan yang kita buat ni bukan utk main2..dah xde masa nak main2..so kita hanya perlu masa utk percaya n yakin..yang pasti pandai jaga diri..syaitan ni mmg suka kacau tapi itu pon atas dri sendiri jugak..so slowly bincang pasal majlis..n yang pasti kewangan kena pandai urus..jangan gatal tangan buat loan..buat apa yang elok ja..jangan ikut hati sangat..

Ok...apa lagi, sama2 kalut untuk uruskan majlis perkahwinan..dan semua booking online..sebab masing2 jauh dan kekangan masa lagi..tapi doa pada Allah supaya segala berjalan dengan lancar..alhamdulillah semua orang yang berurusan dengan persiapan majlis ini sangat positif..pendek cerita dapat kawan baru..seronok! 3rd n 4th time jumpa masa try baju n urusan kenduri di Kelantan.

ok! August 2017...dreams become true..Alhamdulillah

27 August 2017;10.15 Malam: Majlis Akad Nikah selesai dan tak sangka dah jadi isteri orang dan dah ada tanggungjawab yang saaaaangat besar..

28 August 2017 : Majlis kahwin berjalan dengan lancar dengan kehadiran family dan kawan2 diringi dengan doa dan hadiah.. syukur pada Allah kerana sesungguhNya tiada siapa boleh menyangka betapa hebatnya aturanMu ini..hambaMu hanya mampu merancang tapi Engkau lah yang sebaik2 Penentu..

"Thank you ampa sebab yakin dan percaya pada kami, i love you n know i miss u, sekarang kita kena banyak2 doa supaya ada rezeki pindah nanti..amiin"

By the way, tak yah nak seronok sangat..majlis kat Kedah xsettle lagi ni oiii..jom fokus yang Kedah plak 10 Dis 2017..!!yuhuuu lama lagi...

.............................

#syukurselalu
#tentangbahagia
#tilljannahaisyah_firdaus













































Comments

Popular posts from this blog

PULAU PERHENTIAN MAC 2018

anak sulung..