Posts

Showing posts from 2011

istimewanya adam

" Seorang WANITA adalah pelengkap dan sememangnya ISTIMEWA di sisi seorang LELAKI... tetapi,ingatlah wahai LELAKI.. Kamu SEBENARNYA adalah ISTIMEWA di sisi ALLAH S.W.T. Maka dengan sebab itu,Dia mengangkat kamu menjadi PEMIMPIN...Dengan KEISTIMEWAAN itu,JAGALAH dan HARGAILAH wanita SEBAIK - BAIKNYA supaya kelak masing-masing LELAKI dan WANITA, dapat PULANG MENGHADAP ALLAH S.W.T dalam keadaan istimewa DI SISINYA. "

(DONT PRACTICAL B4 MARRIED)

Image
Dakapan dari SUAMI itu HALAL.. Ciuman mesra dari SUAMI itu TAK SALAH.. Sentuhan dari SUAMI pula itu TANGGUNGJAWAB.. Tapiii, yang HARAM itu dari BUAH HATI.. Yang SALAH itu dari TEMAN LELAKI.. Yang BUKAN TANGGUNGJAWAB pulak itu sebenarnya NAFSU SYAHWATI.. ~jangan buat boyfriend macam suami(DONT PRACTICAL B4 MARRIED)

hikmah

nasihat secara berhikmah itu tidak semestinya lemah lembut dan perlahan-lahan. Boleh jadi dengan cara memarahi, merotan, memukul. Tetapi dengan syarat, bersesuaian dengan situasi. Kalau tersilap situasi, bahaya! Kesan sebaliknya mungkin berlaku!

siFat Wanita

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian . -CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala . -HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM . -IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui . - KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah . -PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam . -MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum . -EGO : WANITA ya...

Fursan-Keinsafan Diri [+ Lirik ]

Image

laki vs pompuan

Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

perancangan ALLAH

Saat hati berkata "INGIN", namun ALLAH berkata "TUNGGU". Saat AIR  MATA harus menitis, namun ALLAH berkata "TERSENYUMLAH". Saat segalanya  terasa "MEMBOSANKAN", namun ALLAH berkata "TERUSLAH MELANGKAH". ~ Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik ~

ummiku sayang lirik

Image
aq sayang ummi.......so much...

sudah tertulis

Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

KernaNYA aku menolakmu

Image
hurmmm..jom hayati lagu ni..

Nur One » Dengan KuasaMu (lirik)

Image
lagu nasyid ni..best..lau nk dgr guna link kt bawah ni...jom layan..=) Dengan KuasaMu Jiwaku tergoncang Terus melayang Mengembara cinta Dengan KuasaMu Hati telah terpaut Lalu terikat Ditawan cinta Bukan bibir ini berbicara Namun jiwa ini berbahasa Dalam lamunan ku yakinkan Kaulah teman kebahagiaan Tuhan temukan daku penawar Terluka ditusuk duri cinta Hanya dia..cuma dia Yang kan mampu menyembuhnya Dan terus aku Terus berdoa (Hanya dia membawa bahagia) Dengan KuasaMu Mataku memandang Sepenuh sayang Dia tercinta Dengan KuasaMu Pastiku diseru Dan kan menyatu Di ambang cinta

miLik kiTa

jika sesuatu itu milik kita sesulit apapun jalannya apapun rintangannya pasti ia akan jadi milik kita kerna mmg utk kita tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita walaupun mudah jalannya walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya kerna mmg bukan untuk kita tidak akan pernah jadi milik kita ini kerana ALLAH da atur da hidup pjlnan hdup kita..n apa yg diaturNYA memang yg terbaek utk kita,,,=)

kurangkan dosa

Sibuk sangat menimbang berat badan, bila naik je, terus sedih dan cari pelbagai alternatif utk TURUNKANNYA. Tapi kalau DOSA? Pernah ke fikir dan nak cuba pelbagai CARA untuk MENAMBAH PAHALA dan MENGURANGKAN DOSA?

Al-Kisah Pohon Semalu

BUAT INSAN YANG BERGELAR WANITA :D Al-Kisah Pohon Semalu Pada suatu hari, Rasulullah s.a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a . Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempuny...

kamu ada hak

✿Ü“..Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang insan yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..berusaha MENDIDIK diri menjadi insan yang baik PERLU diteruskan TANPA mengenal erti penat apatah lagi jemu..tinggalkan masa lalu yang perit itu..jadikan ia satu PENGAJARAN bukan satu PENYESALAN yang berpanjangan..InsyaAllah..✿Ü“

'Seksualiti Merdeka'

Tanda2 akhir zaman semakin ketara! Perkara2 mungkar semakin menjadi2 malah ditegakkan oleh pihak2 yang jelas terpesong. Sama2 kita menentang sekeras2nya 'Seksualiti Merdeka' yang kononnya 'memperjuangkan' hak asasi golongan seksualiti songsang. Astaghfirullah.. Doakan agar mereka diberi petunjuk olehNya & semoga kita sentiasa terhindar dari jalan2 yang dilaknatNya. InsyaAllah..

pk-pk

just nak cakap. kenapa kita x suka dgn perubahan kearah kebaikan seseorang? sedangkan itulah yg terbaik bg dia, sedangkan org disekelilingnya masih ditakuk yg lama.. even kita x suka dgn sikap dia yg lama, xperlu la kita mengaluarkan kata2 yg menjatuhkn smgt dia.. husnu zann terbaik bagi kita.. jom muhasabah :) kerana, rezeki kejayaan ITU kita x tahu milik siapa.. wallahua'alam

deMi MataHaRi

Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy) Music Arr. : Ari Wibowo Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan Demi matahari dan sinarnya di pagi hari Demi bulan apabila ia mengiringi Demi siang hari bila menampakkan dirinya Demi malam apabila ia menutupi Demi langit beserta seluruh binaannya Demi bumi serta yang ada di hamparannya Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan Beruntung bagi yang mensucikan-Nya Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

JAtuh CiNta

Jatuh Cinta itu tidak salah, asyik bercinta itu yang salah. Perasaan jatuh Cinta anugerah-Nya. Tapi kalau rasa ia boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah Ta’ala tidak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar memelihara perasaan Cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tidak menjauhkan seseorang dari-Nya. Allah Ta’ala Maha Penyayang. -

GiRls

---------------------girls---- ----------------- --------------are like apples---------------- ----------on trees. The best ones---------- ---------are at the top of the tree.--------- -------The boys dont want to reach-------- -----for the good ones because they------- --are afraid of falling and getting hurt.---- ---Instead, they get the rotten apples----- ---from the ground that arent as good, --- ---but easy. So the apples up top think--- ----something wrong w/ them when in---- -----reality they're amazing. They just---- ------have to wait for the right boy to----- -------come along, the one who's---------- ------------- brave enough to--------------- ------------------climb all-------------------- ------------------the way-------------------- -----------------to the top------------------- ----------------of the tree------------------- ---------------and you are------------------- --------------top of the top----------------

aKu beLajaR

‎-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku... -Aku belajar memaafkan sem ua orang yg menyakiti aku... -Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi.. -ttpi,ssuatu yg tak bisa aku pelajari yaitu, "harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain... :( ‎:D

IMAMku..

:: Jika namamu yg t'tulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.. Tugasku bukan untuk mencarimu.. tapi untuk mensolehahkan diriku.. Wahai seseorang yg telah t'tulis di Lauhul mahfuz ku.. imamku & ayah dari anak-anak ku.. engkau yg bersama perjalananku nanti.. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu.. untuk m'jadi imam bg tulang rusukmu.. dan buah hati mu kelak.. ♥

cinta dlm diam

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥ Kalau kita sukakan seseorang, jangan berita hu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .. Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49) Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32 ) Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang ...

bicara hati

Image
Mana ada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya kebuluran sedangkan dia sendiri tersandar kekenyangan. Mana ada ibu bapa yang sanggup berpakaian cantik sedangkan anaknya berpakaian koyak rabak.  Jadi, di manakah hujah untuk mengatakan ibu bapa gagal berbuat baik kepada anak-anak? Untuk hidup dengan sempurna, pakejnya mesti lengkap. Rumah, pakaian, makan minum dan sebagainya, namun itu hanyalah keperluan luaran. Ia sebahagian daripada harga pakej yang perlu dipertaruhkan. Ada lagi yang tidak kurang penting malah kadang-kadang jauh lebih penting daripada apa yang disebutkan tadi? Tidak lain tidak bukan KEFAHAMAN. Ramai remaja merasakan dirinya tidak dipedulikan apabila ibu bapa gagal mempamerkan bahawa mereka memahami apa yang tersembunyi di dalam lubuk hati mereka. Mereka merasakan dua alam yang berbeza. Susah sungguh untuk berbicara dengan orang tua. Susah sungguh untuk memahamkan mereka tentang gejolak hati remaja. Dalam masa yang sama orang dewasa sentiasa membanding-bandingkan ...

Cinta Kasih Sayang Hati

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah) N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga. ... K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat A-Akad dilafaz cinta berbunga S-Suami disanjung-tinggi I-Isteri disayangi H-Harumlah kasih sepanjang zaman S-Sayangkan Isteri kasihkan suami A-Ada masalah, dibincangkan bersama Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul A-Amalkan hidup bertoleransi N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama G-Gaduh sesekali tu perkara biasa H-Hati suami mesti dijaga A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh T-Tanggung-jawab dipikul bersama I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Image
Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: - 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 5) Lelaki yang baik sangka 6) Lelaki yang tak pernah putus asa 7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: - 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di ata...

tips cantik

1. Selalu sirami hati kita dengan zikir. 2. Suburkan jiwa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an 3. Aktifkan tubuh kita untuk sentiasa beribadat kepadanya 4. Tekadkan hati kita dengan mencintai Allah dan RasulNya 5. Berbuat baiklah kepada orang tua dan orang lain 7. Sematkan kesabaran anda pada setiap langkah 6. Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut 8. Taburi benih-benih cinta dan kasih sayang dalam setiap waktu kepada ALLAH. 9. Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri. 10. Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap anda setiap hari. Itulah sedikit tips kepada anda para pembaca blog saya

CINTA B4 KAWEN

cinta sebelum kahwin, khususnya dari jeni s ‘cinta mendalam’ apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada ‘keterlanjuran kemaluan’ atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan. Istilah  ‘Cinta Sebelum Kahwin’  lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). Malah ia mungkin punca keberantakannya.
Image
jgn memberi harapan pd yg belum pasti..kerna kelak ada insan yg bakal dilukai.. jgn mnaruh harapan pada yg belum tentu dmiliki...kerna nanti hati yg kecewa sendiri... tp sbaliknya ..gantunglah segenap pengharapan mu pd yg Maha Memberi..nesxaya dirimu xsesekali d zalimi..kerana Dia mendgr pngharapanmu stiap kali..n Dia mnunaikannya dgn caranya tersendiri..

C.I.N.T.A

CINTA!!!cinta adlah kekuatan yg mampu mengubah diri menjadi mawar, mengubah cuka jd anggur, ubah sedih jd riang, ubah amarah mjd marah,ubah musibah jd muhibah,.,i2 lah CINTA~~~

knowledge of SESAK NAFAS

selepas apa yg terjadi pd diri ku..pd 21 julai..ku mula timbul rasa ingin tahu tentang sesuatu..yg mungkin berkait juga dgn diriku.,sejak akhir2 ini... iaitu,, ,faktor sesak nafas 1. keturunan yang memiliki paru-paru dan organ pernafasan lemah +  kelelahan bekerja dan gelisah.. 2.  Udara dingin dan lembap..n berdebu atau berasap pom xleh gak...(sy krg suke tmpat sejuk).. 3.  ketidakstabilan emosi....( gelisah, tertekan, ketakutan) 4.  menarik nafas terlalu sering dan dangkal sehingga terengah-engah... ok ..now cara kite nk atasi dr sesak nafas : 1.  berada pada lingkungan hijau dan lapang (s etiap saat menemukan lingkungan hijau dan bersih, berjalan kakilah dan hirup udara dalam-dalam) 2.  menghindari pengambilan bahan susu berlebihan, gula putih, tepung dan nasi putih. 3. ambil  buah dan sayuran dalam jumlah banyak.  4. Minum air hangat 6-8 gelas per hari.  5.  makan sup yang mempunyai bawang merah, bawang put...

NASIHAT...4 u fwend.

Image
setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai.  Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah.  Kau lihat sahaja pasangan couple yang ada di sekeliling kita.  Aku tidak mahu kau menjadi salah seorang daripada mereka!  Kekalkan penampilan kau sebegini, biar nampak sederhana asalkan sempurna!  Dekatkan diri pada Allah, sentiasa berdoa. Insyaallah, jodoh kau pasti tiba suatu hari nant i.

Fadhilat pd bulan Syaaban

Image
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah *kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,  *kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela  *adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala menc...

Hukum Pemakaian Inai

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah  diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian  inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah  terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja , manakala  warna  yang digunakan  tidak bersifat kekal  seperti tatu dan  mengandungi sebarang unsur yang meragukan . Mengenai  corak atau ukiran  yang digunakan pula,  corak atau ukiran   daun dan tumbuh-tumbuhan  adalah dibenarkan,  manakala corak-corak  haiwan, lambang dewa-dewa  atau  ajaran  atau  apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak  adalah  dilarang. P e...

Malam Nisfu Sya'ban

dipetik dr  Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin: Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.” Bahkan di sebahagian negeri, oran...

Beza Laki & Pompuan time lunch

Lelaki 1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan 2. Sampai kedai makan, masuk 3. Ambik Pinggan 4. Letak nasi 5. Letak Lauk 6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali 7. Makan 8. Habis 9. Balik Opis  10. G surau Perempuan 1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan 2. Perhatikan orang waktu jalan 3. Sempat mengumpat dulu 4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki 5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri. 6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu 7. Ramai orang, cari kedai lain. 8. Jalan lagi 9. Dah puas ati.. masuk.. 10. Survey lauk dulu 2, 3 minit. 11. Carik2 pinggan, ambik pinggan 12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. . 13. Dah puas ati, ambik nasi 14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit 15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali 16. Buang balik nasi. banyak. . 17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput) 18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit 19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tengu...